BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

21 April 2010

penutup

akhir sekali tidak rugi bagi sesiapa yang melancong di pulau kapas ini kerana pemandangan dan suasana di sini sangat indah dan menenangkan..dan pasti akan meninggalkan 1001 kenangan manis bagi mereka yang berkunjung di sini..

istirehat


bagi yang ingin menenangkan fikiran, mereka boleh beristirehat di sini..kerana pemandangan dan suasana di sini sangat menenangkan..

restoran



di sini juga terdapat restoran yang menjanjikan hidangan yang lazat serta menepati selera pengunjung..

kelawar



bagi pelancong yang ingin melihat kehidupan kelawar dengan lebih dekat lagi, mereka boleh pergi gua kelawar yang terdapat di pulau kapas ini..

penyu



di pulau kapas juga kita boleh melihat penyu secara dekat..

sata



Sata adalah sejenis makanan yang berasaskan isi ikan laut yang digaulkan bersama dengan rempah, di bungkus di dalam daun pisang dan kemudian di panggang di atas dapur arang kayu. Sata adalah manis dan mempunyai bau aroma bungkusan daun pisang yang membuatkan ianya sangat sedap untuk dimakan.

jeti


jeti yang terdapat di pulau kapas ini juga merupakan tempat berlabuhnya bot-bot ikan selepas aktiviti menangkap hasil laut..

sarang burung


sarang burung ini merupakan salah satu cenderamata yang terdapat di jual di pulau kapas ini..

buah kapas


apa yang paling menarik di pulau kapas ialah terdapatnya pokok-pokok buah kapas yang merupakan antara daya tarikan pelancong ke sini..buah kapas ini juga mempunyai sejarah yang mengaitkan dengan nama pulau kapas ini..

mencandat sotong




ini merupakan aktiviti mencandat sotong..apabila sudah siap dicandat, sotong-sotong itu juga boleh di buat barbique..aktiviti seperti ini pasti dapat meninggalkan 1001 kenangan..

diving



di pulau kapas ini juga terdapat perkhidmatan mengenai teknik-teknik diving..melalui aktiviti itu juga, kita dapat keindahan dasar laut..

20 April 2010

penginapan





antara penginapan yang disediakan di pulau kapas bagi kemudahan para pelancong..

keropok lekor


keropok lekor mendapat permintaan ramai di kalangan pelancong asing..

batu karang



batu karang yang cantik dan unik merupakan salah satu daya tarikan yang terdapat di pulau kapas..

keindahan dasar laut


pemandangan di dasar laut yang menarik perhatian pelancong yang bertandang ke sini..

matahari terbenam


macam inilah suasana matahari terbenam di pulau kapas..

berkayak



berkayak juga merupakan aktiviti yang popular dalam kalangan para pelancong yang datang ke sini..

skuba


skuba antara salah satu aktiviti yang disediakan di pulau kapas..melalui aktiviti skuba, kita boleh melihat hidupan aquatik seperti gamat

pengangkutan ke pulau kapas


ini adalah bot laju yang digunakan untuk pergi dan balik dari jeti marang ke pulau kapas..kos pengangkutan untuk pergi ke pulau kapas dari jeti marang ialah rm30..

19 April 2010

lokasi pulau kapas


pulau kapas terletak lebih kurang 6km dari marang..untuk ke pulau kapas kita memerlukan lebih kurang 30 minit dengan menaiki bot biasa dan 10 minit bagi bot laju dari jeti marang..

pulau kapas




assalamualaikum..hai semua..ini merupakan blog pelancongan saya..saya memilih pulau kapas sebagai blog pelancongan saya kerana tempatnya yang menarik..pulau kapas merupakan salah satu tempat pelancongan menarik yang terdapat di malaysia..pulau kapas seringkali menjadi tumpuan para pelancong samada dari dalam mahupun dari luar negara..pulau kapas juga mempunyai pantai yang menarik seperti air yang jernih, dan pasir yang putih..